"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sidang DUN Perak bermula

Dewan Undangan Negeri Perak mula bersidang secara aman pagi ini, dengan tanda-tanda menunjukkan ketegangan politik yang melanda negeri itu sejak setahun yang lalu mulai reda.

Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengambil tempatnya di barisan kerusi pembangkang.

Manakala speaker DUN Perak yang disingkirkan, V Sivakumar juga berada di barisan pembangkang tanpa memakai jubah speakernya yang dikoyakkan dalam pergelutan setahun lalu.

Bagaimanapun sebelum Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menyampaikan titah ucapan pembukaannya, ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mula bertikam lidah.

Wartawan tidak berjaya mendengar perbalahan mereka kerana ditempatkan di sebuah bilik yang kalis bunyi.

Tidak seperti sidang DUN negeri yang lain, wartawan kali ini tidak dibenarkan memasuki dewan berkenaan.

Raja Nazrin dilaporkan baru sahaja memulakan titah ucapan baginda.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: