"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Soi Lek dipercayai dahului saingan presiden MCA

Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipercayai mendahului persaingan kerusi presiden MCA meskipun undi bagi jawatan nombor satu hanya akan dikira selepas pukul 5 petang.

Petunjuk awal menunjukkan Dr Chua berada di depan dengan 1,000 undi dan disusuli dengan penyandang jawatan Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Bagaimanapun tiada pengesahan memandangkan proses mengira bagi jawatan-jawatan lain masih berterusan.

“Daripada apa yang disebutkan, Dr Chua memperoleh 1,085 undi manakala Tee Keat memperoleh sekitar 600 undi manakala baki untuk Ka Ting,” kata seorang anggota parti kepada The Malaysian Insider.

Jika petunjuk itu benar bermakna kerjaya politik Dr Chua kembali 'segar' buat kali kedua walaupun dilanda skandal seks akhir 2007.

“Bagi Ka Ting, ia bukan jalan mudah untuk beliau mendapatkan sokongan perwakilan selepas secara tiba-tiba membuat kemunculan semula,” katanya.

Proses mengira undi dijangka mengambil beberapa jam lagi dan menurut pengerusi jawatankuasa pemandu pemilihan Datuk Wong Foon Meng, keputusan paling awal hanya akan diketahui kira-kira 7 petang.

Pengiraan undi bermula pukul 2 petang selepas seramai 2,315 daripada 2,318 perwakilan yang mendaftar membuang undi.

Menurut pegawai-pegawai MCA, tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi mereka.

Mesyuarat agung tahunan khas ditangguhkan kira-kira 12.30 tengah hari oleh Speaker Datuk Yik Phooi Hoong.

Seramai 101 calon bertanding merebut 31 jawatan jawatankuasa pusat MCA.

Pemilihan ini diadakan selepas 21 anggota jawatankuasa pusat meletakkan jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Tee Keat.

Tee Keat yang merupakan Menteri Pengangkutan dipilih pada 2008 selepas Ka Ting melepaskan lawatan ekoran kekalahan dalam pilihan raya umum Mac 2008.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: