Kita dikejutkan lagi dengan kejadian lantai di tingkat tiga sebuah bangunan milik UMT yang sedang dalam pembinaan di Gong Badak, Terengganu‘runtuhhhhh’. Melayang nyawa seorang pencari rezeki pekerja binaan.
Bala apa yang menimpa Terengganu, siapa yang boleh memberi jawapan. Tak runtuh, tak tersohorlah Terengganu. Bermula dengan bumbung sekolah runtuh, runtuh tersohor-Stadium Sultan Mizan runtuh, masjid runtuh, garaj runtuh menghempap kereta dan sekarang lantai UMT mengambil giliran. Letih dan berpeluh meleleh ke keting pelumba basikal Terengganu menjadikan Terengganu tersohor dan kejadian runtuh merencatkan kegembiraan itu.
Pelik kita memikirkan kenapa kejadian runtuh berulang-ulang di Terengganu. Takkan di Terengganu kerja-kerja yang dibuat selalunya tak mengikut 'standart' yang dikehendaki. Apabila kejadian berlaku mulalah pelbagai pihak sibuk menyalah satu sama lain, tubuh jawatankuasa khas itu dan ini, menteri melawat ke sana ke mari. Laporan stadium runtuh apa khabar? Nak dipersembahkan kepada umum pun malu-malu. Macam hendak tak hendak, kalih ke sana kalih ke mari, dah memang kena batu jemala sendiri. Kalau balik Terengganu permandangan cantik lagi menarik tersergam indah disambar garuda cerita rakyat masih ada di sana. Belum terusik.Bala apa yang menimpa Terengganu, siapa yang boleh memberi jawapan. Tak runtuh, tak tersohorlah Terengganu. Bermula dengan bumbung sekolah runtuh, runtuh tersohor-Stadium Sultan Mizan runtuh, masjid runtuh, garaj runtuh menghempap kereta dan sekarang lantai UMT mengambil giliran. Letih dan berpeluh meleleh ke keting pelumba basikal Terengganu menjadikan Terengganu tersohor dan kejadian runtuh merencatkan kegembiraan itu.
Atau amacam Najib? Ini bahana merampas hak royalti Terengganu yang belum berkesudahan sampai sekarang. Allah nak bagi jadi tak lama. Hak yang sepatutnya tak diamanahkan. Jadi Kelantan kena berhati-hati, bahana wang ehsan, nanti ia berpindah ke sana. Jadi kena bagilah kepada yang sepatutnya. Taklah ia mengalir tak tentu hala sakan sangat.
Apa-apapun kita berdoa supaya kejadian runtuh tak berlaku lagi. Apatah lagi yang melibatkan nyawa. Apabila nak berdoa, hak orang dikembalikan dulu. Biar bersih betul-betul. Barulah doa mudah makbul.
ek-ele :Jari Telunjuk Chua Soi Lek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan