"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Kota Raja sahut Pengarah Pilihan raya

Harakahdaily
KLANG, 21 Jun:
PAS Kawasan Kota Raja telah menyahut cabaran Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang berakhir minggu lepas bahawa setiap kawasan perlu menggerakkan jabatan pilihan raya negeri untuk menghadapi pilihanraya serta mendaftarkan seramai mungkin pemilih muda yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Bertitik tolak daripada itu, di bawah jentera pilihan raya kawasan, PAS Kota Raja bersama PKR telah menganjurkan "Kempen Jom Daftar" secara besar-besaran selama sebulan bagi mendaftarkan seramai mungkin pengundi baru.

Program yang bermula pada 20 Jun telah disempurnakan oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja bersama Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie.

Menurut Pengarah Program, Hakim Kari beberapa pertemuan telah dirangka bersama PKR dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi menggempur pengundi baru di sekitar Kota Raja khususnya di Dun Sri Muda.

Katanya, hasil daripada program itu seramai 600 pengundi baru telah berjaya didaftarkan.

Tambahnya, konsep yang dilakukan oleh pihak penganjur dengan meletakkan beberapa kaunter statik di hadapan pasaraya serta pergi rumah-rumah bagi menjejak pengundi baru.

Selain mendaftarkan pengundi baru, pihak sukarelawan yang terdiri daripada anggota Dewan Pemuda, Muslimat, PKR dan DHPP juga menerangkan dasar Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berkenaan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khususnya berkenaan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), sumbangan RM1,000 anak masuk universiti, Mesra Usia Emas dan bekalan air percuma.

Kempen sebulan itu akan berakhir pada 18 Julai dengan mensasarkan 5,000 pengundi baru akan didaftarkan di Parlimen Kota Raja di bawah Dun Sri Muda dan Sri Andalas.

Tiada ulasan: