Semenjak tsunami politik melanda Malaysia, isu yang tak pernah padam dibincangkan adalah lompat-melompat parti.
BN melompat ke Pakatanlah, Pakatan melompat jadi bebaslah. Macam-macam.
Yang paling dahsyat cerita lompat-melompat ini pernah menyebabkan kerajaan negeri Perak yang pada mulanya dikuasai oleh Pakatan tumbang.
Hari ini Malaysiakini melaporkan berita ura-ura Adun Umno dari negeri Perak yang akan melompat keluar parti bagi menyertai Pakatan. Klikdisini.
Dalam politik, kadangkala untuk meningkatkan harga diri, berita-berita sebegini perlu dikeluarkan. Selepas itu berlakulah tawar-menawar.
Bila dah dapat harga yang sesuai, tutup cerita.
Kalau melihat gaya Najib Razak, tak akan dibiarkan perkara sebegini berlaku.
Beliau pasti akan bayar atau menurut apa sahaja kemahuan tiga orang Adun Umno ini dengan syarat mereka tidak melompat.
Tambahan lagi krisis politik di Perak telah mereka hadapi dengan menggunakan segala institusi kerajaan.
Tak semudah itu Perak akan dilepaskan setelah pelbagai usaha dilakukan.
Aku lebih yakin dengan analisa dari Mat Saman Kati (MSK) disini.
http://www.aminiskandar.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan