"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ustaz Hassan: Hasrat yang tak kesampaian

Penarik beca

Saya tak sangka sungguh begitu cepat Ustaz Hassan Shukri meninggalkan kita. Sebagai manusia biasa, saya dok rasa Ustaz Hassan panjang umur mengambilkira panjangnya umur ayah beliau dulu (lihat berita Harakahdaily hari ini "Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatuLlah").

Dalam dua tiga bulan dulu, ketika berbual di Restoran Thaqwa, saya menumpang beberapa kawan yang lain meminta Ustaz Hassan menulis sejarah PAS yang dapat diingatinya. Saya dok jangka perkara itu akan tercapai kerana saya dok rasa Ustaz Hassan juga akan panjang umur seperti ayahnya.

Saya cadangkan Ustaz Hassan ambil budak muda untuk buat dictation dari beliau. Dia cakap apa sahaja cerita dari sejarah yang nak dilakarkannya, budak tu tulis. Malangnya, Ustaz Hassan tetap menekankan "budak tua" yang buat dictation itu. "Budak tua" itu pula buruk kelaku dan sentiasa mengelak dengan alasan: "Dah tua-tua ni, malas dah nak buat dictation, Ustaz".

"Budak tua" itu malah berusaha cari sponsor untuk menggajikan budak-budak muda buat dictation dari Ustaz Hassan. Tetapi, Ustaz Hassan tak kelihatan berminat.

Saya tau, Sdr Fadli Abdul Ghani di Pejabat Agung PAS memang mengumpulkan bahan-bahan sejarah PAS. Tetapi saya rasa. lebih ramai buat lagi bagus. AlhamduliLlah, di Kelantan,
Ustaz Hydzelan Haji Hashim memang sentiasa mendampingi bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan yang juga adik ipar Allahyarham Tan Sri Asri Muda, Ustaz Salahahuddin Abdullah untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah PAS.

Sampai bila-bila pun saya akan terkilan dengan keengganan "budak tua" itu berkorban sikit ambik dictation dari Ustaz Hassan untuk menulis sejarah PAS.

Saya merayu sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. agar melimpahkan keampunan dan kasih sayang-Nya kepada Ustaz Hassan. Banyak kenangan dengan Almarhum. Saya pernah berkerja di bawahnya di Pejabat Agung PAS ketika beliau menjadi Setiausaha Agung PAS, iaitu dari 1985 hingga 1988.

Tiada ulasan: