"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan Selangor Lebih Biadap Dari Natang Derih...

hangbuah
Kerajaan Selangor biadap: Noh
2010/08/07 KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor yang tidak memperdulikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, ke satu majlis di negeri itu pada bulan lalu sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja.

Beliau berkata, kegagalan kerajaan negeri memohon maaf sehingga hari ini juga tidak wajar dan seolah-olah terlalu mengikut telunjuk sekutunya, DAP yang cenderung tidak menghormati kaum Melayu dan institusi diraja.

"Saya percaya perkara ini timbul bukannya salah kerajaan negeri, tetapi budaya yang dibawa oleh DAP, budaya yang tak hormati orang Melayu, institusi Diraja, kalau budaya orang Melayu, bila pemimpin datang kita akan hormat ada wakil kita.


"Kalau faham Perlembagaan negara, mesti hormatinya," katanya ketika mengulas insiden itu yang menyaksikan kerajaan negeri tidak membuat persediaan sewajarnya semasa menyambut keberangkatan Raja Permaisuri Agong ke Festival Lagu-Lagu Islam Antarabangsa di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam pada 4 Julai lalu.

Noh yang ditemui pemberita selepas ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan di sini malam ini juga berpendapat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sepatutnya lebih arif tentang protokol dalam majlis yang dihadiri orang-orang kenamaan. - BERNAMA

Noh Omar tak tahu..... Natang Derih lagi Biadap tau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan: