"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PBT baru bangun tidur: 10 gerai dikendali warga asing, Pati, dirobohkan

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

ANTARA gerai makanan dan minuman dikendalikan warga asing di Kawasan Perindustrian Kampung Baru Balakong, Hulu Langat, dirobohkan MPKj, hari ini. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin.
Hulu Langat: Kira-kira 10 gerai makanan dan minuman di Kawasan Perindustrian Kampung Baru Balakong, di sini, yang dikendalikan warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati) dirobohkan, hari ini.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 6, Billy Sun Kin Wah berkata, tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat pemantauan selain aduan diterima daripada pemilik kilang di kawasan berkenaan.

"Difahamkan gerai ini beroperasi sejak 10 tahun lalu (baru nampak ha ha hadan pemeriksaan dilakukan MPKj mendapati ia dikendalikan warga asing termasuk Pati.

"Ada di antara peniaga ini menggunakan nama individu tempatan apabila diminta mengemukakan lesen bagi mengelak tindakan dikenakan terhadap mereka.

"Sebelum tindakan roboh diambil, MPKj sudah mengeluarkan amaran, notis dan kompaun, namun mereka masih berdegil," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Billy berkata, tindakan roboh gerai terbabit perlu diambil atas faktor keselamatan serta kebersihan yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

"Di kawasan perindustrian, banyak kenderaan berat dan besar lalu-lalang sekali gus boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya apabila ada gerai haram dibina di hadapan kilang serta tepi jalan.

"Pada masa sama, wujud pula isu kebersihan apabila pengendali makanan warga asing tidak mengambil suntikan vaksin tifoid selain tidak diketahui bekalan makanan dan air diperoleh.

"Ia sekali gus boleh menyumbang kepada kes keracunan makanan dengan 351 kes dilaporkan di daerah Hulu Langat termasuk kawasan ini pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan untuk pengusaha trak makanan untuk berniaga di kawasan terbabit sebagai alternatif bagi pekerja untuk mendapatkan makanan dan minuman.

"Kita akan berbincang dan bekerjasama dengan Persatuan Perindustrian Balakong bagi melaksanakan inisiatif ini dalam usaha memastikan imej kawasan ini tidak terjejas dengan kewujudan gerai haram," katanya.

Tiada ulasan: