"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

15 anak kucing direndam mati, NGO tawar RM5,000 kesan pelaku

FMT Reporters
Bangkai anak kucing yang ditemui mati di Pasar Borong Jerantut. (Gambar Facebook Persatuan Haiwan Malaysia)
PETALING JAYA: Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak membunuh 15 anak kucing yang dilaporkan berlaku di Pasar Borong Jerantut, Pahang.

NGO itu menerusi catatan Facebooknya berkata, kejadian disedari seorang penduduk di Jerantut semalam, yang kemudian memaklumkan mereka kira-kira 8 malam.

Katanya, ganjaran itu bagi menuntut keadilan dan mengekang kejadian lebih buruk berulang.

“Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga mati ini boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749.

“Persatuan Haiwan Malaysia memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah psikopat ini supaya dapat diadili di mahkamah dan menerima hukuman atas kekejaman dilakukannya.”

Ketua Polis Jerantut, Azman Mat Kamis memberitahu Sinar Harian, tiada laporan diterima berhubung kes berkenaan setakat ini.

Tiada ulasan: