"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 lelaki didenda tunggang jet ski di jalan raya

KOSMO
Kumpulan lelaki tersebut menunggang jet ski yang diubah suai di atas jalan raya. – YouTube
BANGKOK  – Sekumpulan lelaki di Thailand didenda kerana menunggang jet ski yang diubah suai di  jalan raya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Berdasarkan video yang tular di media sosial baru-baru ini, empat lelaki tersebut menunggang jet ski yang diubah suai menjadi skuter di jalan Som Sang, wilayah Pathum Thani.

Mereka menunggang kenderaan air itu sambil diiringi sebuah motosikal dan trak pikap.

Hendal jet ski tersebut menunjukkan bahawa ia diubah suai daripada motosikal, menjadikannya kelihatan seperti kenderaan hibrid.

Video itu mendapat perhatian netizen dengan ramai mempersoalkan sama ada aktiviti tersebut dibenarkan atau sebaliknya.

Turut dipersoalkan adalah tindakan kumpulan tersebut yang tidak memakai topi keledar.

Selepas video itu tular, pihak berkuasa mengeluarkan saman kepada mereka dengan salah seorang daripada lelaki tersebut mengaku bahawa mereka telah membayar saman di balai polis hari ini.

Mengikut undang-undang Thailand,  menggunakan kenderaan yang diubah suai atau memandu kenderaan dalam keadaan berbahaya dan tidak stabil serta membahayakan orang lain berdepan denda antara 500 baht hingga 2,000 baht (RM66 hingga RM267). – AGENSI

Tiada ulasan: