"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak seniman tersohor bikin malu!

CIK BUNGA

Sebenarnya Cik Bunga dapat tahu cerita panas ni beberapa bulan sudah. Tapi masa itu macam sumber tak berapa nak sahihlah yang bercakap. Jadi, Cik Bunga buat siasatan lebih terperinci lagi, ala-ala wanita James Bond gitu.

Kisah tentang anak seorang seniman tersohor yang hari ini kulur kilir mencari mangsa untuk dia meminjam duit.

Buat perangai betul anak kepada arwah seniman tersohor ini ya. Bukan saja sahabat handai dia, tapi dia turut meminjam sana sini dengan orang industri jugak.

Sampaikan ramai kawan-kawan dah mula bercakap yang dia memang kaki pinjam, tapi tak nak bayar balik. Ada yang dia pinjam ribu riban, ada yang hanya seratus dua. Alasan dia, mahu pinjam sebab beli barang dapur. Nak belanja harian, beli pampers anak. Macam-macam lagilah alasan dia.

“Bukan tak mahu tolong, tapi kerap sangat. Aku taubatlah, serik nak jawab call dia lagi. Memang kalau dia call kita, maknanya hendak pinjam duit lah tu,” kata kawan ni pada Cik Bunga.

Yang Cik Bunga hairan, banyak harta benda arwah ayahnya sudah terjual. Bukan sikit, berjuta-juta sudah, dia bolot.

Tapi kenapa hidup dia masih nak meminjam sana sini lagi ya? Mana pergi duit jual harta benda bapak dia, sampaikan kena meminjam sana sini?

Malulah pada orang sekeliling. Kalau tak nak jaga nama sendiri pun, tolonglah jaga nama arwah tu.

Cik Bunga kenal benar dengan arwah seniman tersebut. Kalaulah saat ini dia masih ada, pasti si anak dah kena “tembak” dengan senapang gajah. Memalukan sungguh.

Nasihat Cik Bunga, insaflah, sebelum terlambat. Sebelum hidup ditimpa bahana, cari di mana silap diri sendiri, supaya tidak mendapat kifarah kemudian hari.

Tiada ulasan: