"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aman Palestin beri tempoh 3 hari SPRM nyahbeku akaun

Ameer Fakhri

PETALING JAYA: Aman Palestin Berhad memberi tempoh tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyahbekukan akaunnya atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid dalam sidang media menegaskan, sekiranya SPRM gagal memenuhi tuntutan itu: “Kami akan membawa perkara ini ke mahkamah.”

SPRM pada Khamis lalu membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad dan beberapa entiti berjumlah RM15.8 juta susulan siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan dana sumbangan berjumlah RM70 juta.

Badan anti-rasuah itu turut menggeledah premis Aman Palestin untuk mendapatkan dokumen berkaitan kewangan serta pengurusan operasi sejak lima tahun lalu.

SPRM berkata, siasatannya dimulakan 17 Okt lalu bagi kesalahan bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: