"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki tawar RM5 juta tembak mati PM sudah ditahan

HarapanDaily.com

Seorang lelaki yang melakukan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri ditahan polis di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan.

Pemilik akaun TikTok berkenaan sebelum ini memuat naik video menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik.

Bagaimana pun, video menggemparkan itu sudah dipadamkan.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, suspek berusia 34 tahun itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, dalam tangkapan berasingan, polis juga menahan individu berusia 37 tahun bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama empat hari bermula 27 Nivember hingga 30 November ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-man raja dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya.

Sehubungan itu, polis tegasnya mengingatkan orang ramai supaya cakna dan prihatin terhadap isu-isu semsitif terutama membabitkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial.

Tiada ulasan: