"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Projek ‘spillway’ Rantau Panjang bukti kegagalan PAS

HarapanDaily.com
Tak ada dah kampung tenggelam, projek ‘spillway’ Rantau Panjang berjaya atasi banjir
Tak ada dah kampung tenggelam, projek ‘spillway’ Rantau Panjang berjaya atasi banjir
SITI NUR ZAWANI 

Kerajaan Perpaduan berjaya menangani masalah banjir teruk dan air bertakung di Rantau Panjang, Kelantan melalui pelaksanaan projek ‘spillway’ banjir yang disiapkan pada pertengahan tahun 2023.

Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) bagi Sungai Golok atau dikenali sebagai pembinaan ‘spillway’ itu siap tidak sampai enam bulan di bawah Kerajaan Perpaduan sekali gus memanfaatkan penduduk Kampung Tersang dan Kampung Terusan di Rantau Panjang.

Sebelum ini, projek tersebut dipandang sepi oleh Menteri Alam Sekitar dan Air di bawah Perikatan Nasional, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Siti Zailah atau Kak Lah sebagai Ahli Parlimen Rantau Panjang pula pernah berkata, “penduduk kampung nak ke bayar RM500,000 untuk pecahkan sedikit tembok dan buat struktur alor limpah sementara?”

Namun selepas Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai menteri pada Disember 2022, projek tersebut berjaya disiapkan tidak sampai 2 bulan dilantik menteri.

Kejayaan pembinaan projek itu jelas menunjukkan Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasil menyelesaikan masalah penduduk di situ dengan pantas.

Seorang penduduk tempatan menerusi rakaman sebuah video menunjukkan bahawa projek ‘spillway’ itu akan mengatasi masalah banjir buruk di Kampung Tersang dan Kampung Terusan yang pernah menyaksikan penduduk di situ ‘terperangkap’ dalam kejadian bah pada 2021.

“Harapkan kerajaan dulu semasa Pas jadi kerajaan pusat, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, saya pernah mohon minta belah laluan.

“Kalau ini dijawab Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff kata orang kampung sanggup bayarkah RM500,000,” katanya.

“Inilah hasil kerjasama dengan Kerajaan Madani buat laluan belah benteng di bawah Kampung Pengkalan Teluk membina empangan untuk mengelakkan air bertakung sekali gus menghindari daripada banjir besar seperti dahulu.

“Tak mau dah banjir ini sampai tenggelam kampung. Inilah hasil daripada kerajaan yang bertanggungjawab. Hasil daripada kerajaan yang tidak menyusahkan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, sebagai penduduk tempatan, dia memohon kerjasama khususnya daripada Adun, Gual Periok, Datuk Mohamad Awang bersama-sama Siti Zailah untuk melihat kejayaan hasil pembinaan ‘spillway’ itu.

“Kenapa zaman Tuan Ibrahim tidak boleh buat? Sedangkan ketika Kerajaan Madani saya pergi ke Putrajaya pada bulan Disember lalu dan berjumpa sendiri dengan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Nik Nazmi berjanji akan melawat kawasan pada Januari dan seperti yang dijanjikan projek tersebut diluluskan pada Februari tahun ini. Inilah hasilnya,” katanya sambil menunjukkan 10 calvert yang telah dibina.

Untuk makluman, objektif utama pembinaan ‘spillway’ adalah untuk mengurangkan masalah banjir di kawasan yang berdekatan Sungai Golok di Tumpat dan sebahagian Pasir Mas.

Tiada ulasan: