"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hentikan dahulu igauan nak tebuk atap, PM tegur Takiyuddin

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI 

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perikatan Nasional (PN) menghentikan igauan mereka mahu mengambil alih kerajaan secara tidak sah.

Perdana Menteri berkata, pembangkang seharusnya sedar dengan kedudukan mereka yang kini sudah kehilangan sokongan lima ahli parlimen.

“Saya faham Kota Bharu (Datuk Seri Takiyuddin Yassin) marah betul sebab Bukit Gantang.

“Tapi tak marah macam mana, tiap-tiap bulan kata nak ambil alih kerajaan, tiap-tiap bulan ada ahli yang keluar. Jadi maknanya, berhenti igauan untuk nak rampas tebuk atap ini, hentikan dulu,” katanya ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Takiyuddin.

Anwar menegaskan beliau tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat ketat dalam soal pemberian peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.

Beliau cuma mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu melakukan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof terlebih dahulu berhubung peruntukan pembangunan kawasan seperti kelaziman yang diamalkan dalam sistem demokrasi.

“… runding dahulu, saya tidak pernah meletakkan syarat atau prasyarat untuk menyokong Perdana Menteri… tak perlu ada syarat menyokong Perdana Menteri.

“Ada beberapa peraturan (runding soal peruntukan dengan kerajaan) yang dilakukan dalam mesyuarat yang lalu (ketika Pakatan Harapan menjadi pembangkang).

“Saya kadang-kadang) aneh, wakil (kerajaan terdahulu) yang berundingan dulu kini di sebelah sana (pembangkang)… dia tahu prosesnya berapa kali berunding, tapi sekarang macam tak tahu langsung,” kata beliau.

Tiada ulasan: