"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 penuntut direman lima hari disyaki edar ganja dalam kolej

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
EMPAT penuntut direman lima hari bagi membantu siasatan kes mengedar ganja. FOTO Alias Abd Rani
EMPAT penuntut direman lima hari bagi membantu siasatan kes mengedar ganja. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Empat penuntut sebuah universiti awam (UA) di daerah ini termasuk seorang daripadanya sudah mendirikan rumah tangga ditahan selepas polis menemui ganja dalam bilik penginapan di sebuah kolej kediaman di Pagoh, semalam.

Keempat-empat suspek berusia 21, 22, 24 dan 26 tahun termasuk sedang menuntut di tahun akhir itu ditahan kerana disyaki mengedar bahan terlarang itu, pada 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata sebelum penahanan kesemua suspek, polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan di UA terbabit mengenai penemuan ganja seberat 304 gram (g).

Beliau berkata, ganja itu ditemui dalam bilik di sebuah kolej kediaman ketika pengawal keselamatan terbabit membuat pemeriksaan.

"Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi sebelum menemui bahan terlarang itu dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif ganja," katanya ketika dihubungi.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti dari mana bekalan ganja itu diperoleh.

"Suspek sudah direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup," katanya.

Sementara itu, keempat-empat suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi mendapatkan perintah reman untuk polis menjalankan siasatan.

Majistret Fatin Dalilah Khalid kemudian membenarkan kesemua suspek direman lima hari bermula hari ini.

Tiada ulasan: