MAISARAH AISYA
Tular klip pendek Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Tiktok disebabkan oleh jawapan ringkas yang diberikan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Ketika disoal oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan di DUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim mengenai bandar lama Gua Musang, Nassuruddin dilihat hanya memberi jawapan ringkas.
Persoalan tersebut timbul apabila Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) itu dilihat telah menyebabkan banyak perniagaan di bandar lama Gua Musang terjejas.
Syahbuddin juga menyoal sama ada kerajaan ada cadangan untuk memastikan bandar lama Gua Musang tidak akan tenggelam selepas pembinaan LTU selesai.
Pastinya rakyat yang melihat ingin mengetahui pandangan seorang menteri besar namun jawapan ringkas diberikan menaikkan kemarahan orang ramai.
“InsyaAllah pihak kerajaan akan buat kajian,” jawapan ringkas diberikan Nassuruddin terhadap persoalan tersebut.
@azmysubang
#PrkKemaman #penunggangagama #walaun #rasuah
♬ Ketawa Bayi Ngakak – Faid rafanda
Rata-rata warganet membidas jawapan menteri besar Kelantan yang dilihat menjawab sambil lewa akan soalan yang dilihat serius itu.
“Berucap kat luar berdegar-degar (cakap besar). Soalan yang telus untuk kesejahteraan rakyat begitu sahaja jawapannya. Alahai,” komen pengguna TikTok.
“Macam tu sahaja dia jawab. Aduh! Baru dua orang pembangkang. Kalau lagi ramai mesti takut nak masuk dewan dun,” tambah pengguna lain.
“Soalan punyalah panjang tu sahaja jawapan senang kalau jadi menteri besar. Kalau macam ini aku pun boleh jadi menteri besar.
“Nassuruddin tak tahu apa pun, rezeki sahaja boleh jadi menteri besar. Sampai hari ini tak ada pun dibentangkan hala tuju Kelate (Kelantan) dalam tempoh lima tahun akan datang,” antara komen pengguna lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan