"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ulama Pas seronok kalau mimpi Ismail Sabri kembali PM jadi nyata

HarapanDaily.com
Ulama Pas seronok kalau mimpi Ismail Sabri kembali PM jadi nyata
Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat, Mokhtar Senik mengakui seronok jika mimpi dialaminya menjadi kenyataan.

Katanya, sejak beberapa hari ini, dia bermimpikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

“Pelik pula mimpi saya sehari dua ni. Saya mimpi Datuk Seri Ismail Sabri dipilih kembali menjadi PM.

“Walaupun mimpi itu belum tentu benar, tapi seronok jugak kalau benar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mokhtar berkata, urusan Allah siapa yang tahu dengan menimbulkan kemungkinan kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim Pusat akan tumbang.

“Saat kerajaan PH seronok kerana ramai Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada PMX, tiba-tiba Ahli Parlimen UMNO bersama rakan-rakan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak keluar beramai-ramai dari blok PH bersama DSIS,” ujarnya.

Sepanjang setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, pembangkang kerap mengulang dakwaan “cukup jumlah.

Perikatan Nasional (PN) dilihat mahu menumbangkan kerajaan dengan cara “tebuk atap” atau menandatangani akuan bersumpah (SD).

Penyokong mereka tidak sudah-sudah diberi harapan palsu kononnya PN masih boleh menukar Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat.

Terbaharu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Pengerusi PN mendakwa bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, 2 Disember ini penting untuk menukar kerajaan.

Walau bagaimanapun, realiti yang berlaku, PN pada masa ini hanya mempunyai 69 ahli Parlimen manakala seramai 153 ahli Parlimen menyokong Kerajaan Perpaduan.

Tiada ulasan: