"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki selamba buang air kecil dalam gerabak komuter

KOSMO!

SEORANG lelaki membuang air kecil di dalam gerabak komuter di Hong Kong baru-baru ini. - Foto AFP
HONG KONG – Seorang penumpang lelaki dirakam sedang membuang air kecil di dalam sebuah gerabak komuter Perkhidmatan Transit Massa (MTR) di Hong Kong baru-baru ini, lapor laman berita dimsumdaily.hk semalam.

Rakaman yang dimuat naik oleh seorang netizen serta berdurasi 1 minit dan 16 saat itu mendedahkan perbuatan biadab lelaki tersebut yang membuang air kecil tanpa menghiraukan persekitarannya.

Lelaki itu dilihat membuka zip seluar dengan tangan kanannya lalu membuang air kecil di lantai gerabak tersebut. Setelah selesai, dia kelihatan berhati-hati untuk tidak memijak air kencing dan membetulkan seluarnya.

Ketika kejadian, dua penumpang wanita duduk berdekatan dengannya tetapi mereka khusyuk menggunakan telefon bimbit seolah-olah tidak sedar akan tindakan jijik lelaki berkenaan.

Meskipun video itu tidak memberikan tarikh sebenar kejadian tersebut tetapi perbuatan lelaki berkenaan berpotensi melanggar Undang-Undang Kecil MTR.

Ramai netizen meluahkan kemarahan mereka dalam komen dengan mengkritik lelaki tersebut disebabkan sikapnya yang tidak sopan, berkelakuan tidak bersih dan menimbulkan kesulitan  kepada penumpang lain di dalam kereta api. – AGENSI

Tiada ulasan: