"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki dihukum penjara enam bulan dan didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Marang di Terengganu atas kesalahan mengibar bendera Israel pada Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli, lapor Harian Metro.

Zur Azureen juga mengarahkan Harma dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Hukuman tersebut akan berjalan selepas tertuduh yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan berasingan berkaitan dadah selesai menjalani hukuman.

Harma pada bulan lalu dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan atas kesalahan dadah tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Harma didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Okt lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Tiada ulasan: