"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Harapan Hadi untuk menumbangkan kerajaan semakin jauh tersasar

MP Bukit Gantang terbaharu berikrar sokong Anwar
story-image
Hariz Mohd & Isabelle Leong

Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dari Bersatu mengumumkan sokongannya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dia adalah ahli parlimen Bersatu kelima yang 'berpaling tadah' dan meluahkan taat setia kepada kerajaan sehingga hari ini.

Syed Abu Hussin membuat pengumuman itu semasa mengemukakan soalan tambahan kepada perdana menteri ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Soalannya berhubung kesediaan Anwar untuk menyambut ahli-ahli Parlimen yang mempunyai pengalaman, kepakaran dan kebolehan untuk membantu membangunkan rakyat sekali gus ekonomi negara. 

“Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Madani menangani kenaikan harga barang dan kos sara hidup dengan mengambil ibrah Nabi Yusuf AS.

“Dengan ini, Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri ke-10 dan gagasan kerajaan Madani,” katanya.

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
Sebelum melafazkan ikrar itu, Syed Abu Hussin  menyampaikan ucapan panjang lebar mengenai kepentingan perpaduan kepada negara.

Dia turut memuji Anwar, dengan berkata, bahawa perdana menteri telah menunjukkan komitmennya ke arah menyatukan negara sejak presiden PKR itu bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1982, ketika Anwar masih bersama BN.

Dalam ucapannya, wakil Bersatu itu turut menyeru bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) , yang juga adalah presiden Bersatu, dan Ismail Sabri Yaakob (BN- Bera) untuk membantu Anwar.

“Sebenarnya ancaman kepada negara ialah bukan ancaman penjajah luar atau komunis. Tetapi  ancaman kepada perpaduan dalam negara.

“Orang Melayu terus berpecah hingga tak ada satu pun parti Melayu kuat (dan) cukup kerusi untuk  bentuk kerajaan,” katanya.

Tambahnya, akan menjejaskan usaha kerajaan untuk memacu ekonomi negara dan menangani isu seperti kenaikan harga dan kenaikan kos sara hidup.

“Oleh itu, demi negara tercinta, saya mitna Tambun (Anwar), Pagoh (Muhyiddin) dan Bera (Ismail Sabri), buang yang keruh ambil yang jernih.

“Marilah Pagoh dan Bera bersama-sama bantu Tambun bina masyarakat Madani.

“Kepada ahli parlimen pembangkang pula, marilah berunding sebaik-baiknya dengan kerajaan sebagaimana persefahaman masa Bera jadi perdana menteri,” katanya.

Syed Abu Hussin sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk menyokong kerajaan Madani pimpinan Anwar sekiranya Putrajaya dapat memperuntukkan dana yang mencukupi untuk kawasannya.

Dengan ikrar sokongan daripada lima ahli Parlimen Bersatu itu, Anwar kini mempunyai sokongan 152 ahli Parlimen. Bagaimanapun, ini tidak dapat dibuktikan sehingga pengundian blok berlangsung di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, empat ahli Parlimen Bersatu menyokong kerajaan ialah, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Tiada ulasan: