"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Minta bantuan kesan budak OKU perempuan

Bernama

Kanak-kanak OKU penglihatan berusia 12 tahun tidak pulang ke rumah sejak 9 pagi semalam.
Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi, 12, dilaporkan hilang oleh bapanya. (Gambar PDRM)
KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) penglihatan, yang tidak pulang ke rumah sejak pagi semalam.

Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi, 12, dilaporkan hilang oleh bapanya pada 7.40 malam tadi selepas menyedari anak kedua daripada lima adik beradik itu tidak pulang ke rumah, sejak 9 pagi semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati Dhiya Azzahra memaklumkan kepada bapanya untuk menghadiri sambutan hari lahir di sekolah pada pagi semalam sebelum disedari tidak pulang ke rumah di Seksyen U3, Shah Alam, Selangor.

“Kanak-kanak itu berketinggian 150cm, mempunyai berat 45kg, dan berkulit sawo matang.

“Dia kali terakhir dilihat memakai seluar denim, baju sejuk, tudung berwarna hitam dan kasut sukan berwarna-warni,” katanya dalam kenyataan.

Hafiz berkata, Dhiya Azzahra mempunyai masalah katarak pada mata kanannya semasa kecil dan telah melakukan pembedahan bagi membuang selaput.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Penolong Pegawai Penyiasat Mohd Hizam Talib menerusi talian 012-6550 262

Tiada ulasan: