SITI NUR ZAWANI
Sejak berita Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad kalah saman kerana memfitnah trio DAP, tersebar satu tangkap layar mendakwa tabung kilat dibuka untuk wakil rakyat Pas itu.
Dalam mesej itu, kumpulan muslimat Pas Pulau Pinang didakwa melancarkan kempen mengumpul dana segera untuk beliau berjumlah RM30,000.
Ia turut menyertakan nombor akaun bank atas nama Dewan Muslimat Pas Negeri Pulau Pinang.
Ia meminta duit disumbangkan dengan rujukan “kesmastura”.
Hasil pemeriksaan Harapan Daily, ia adalah tangkap layar lama bertarikh Disember 2023 yang ketika itu derma digerakkan untuk membantu Siti Mastura dalam peringkat awal pembelaan.
Tetapi kini ia tular kembali dan digunakan oleh ramai pengguna X setelah pemimpin Pas itu terbukti bersalah memfitnah, mengaitkan trio DAP dengan pemimpin komunis.
Pengguna berkata “tabung milo” sudah mula digerakkan. Mereka tidak bersetuju jika ada pihak yang menderma kerana ia ibarat menyokong fitnah dan adu domba.
Mengenai kes fitnah, Mahkamah Tinggi mendapati Siti Mastura yang mengaitkan Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng, serta bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew adalah fitnah dan dibuat dengan niat jahat.
Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pas itu berunsur fitnah.
Siti Mastura diarah membayar RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 lagi kepada Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa Kok.
Peguam ketiga-tiga mereka, Sankara Nair, berkata ahli parlimen PAS berkenaan juga dikenakan faedah tahunan 5 peratus jika gagal membuat pembayaran mengikut tempoh yang ditetapkan.
Siti Mastura turut diarah membayar kos guaman sebanyak RM25,000 kepada setiap seorang plaintif terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan