"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ali Rustam lucut kelayakan bertanding

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti.

Menurut laporan Mstar, keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.

Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, Mohd Ali didapati bersalah Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.

Menurut beliau lagi, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.


Tiada ulasan: