"Hang leh agak ke, siapa yang bakal calon PAS nanti?" Sahabat saya.
"Kalau saya, saya suka Nizar yang bertanding.". Saya.
"Kalau ikutkan orang tempatan, rakyat Bukit Gantang, mahukan orang Bukit Gantang sendiri yang bertanding." Sahabat saya.
Tamat perbualan kami, yang mana kami, sama-sama ahli PAS dan merupakan jentera PAS.
Apabila saya menyebut Nizar, saya teringat, saya pernah menulis artikel berkenaan dengan Nizar - Tidak Mustahil Jika Nizar Antara Calon PAS Jadi Perdana Menteri Malaysia.
Saya ada 'target' kenapa Nizar harus diletakkan menjadi MP, saya kira, jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Malaysia sebelum PRU13, saya mahu Nizar menjadi Perdana Menteri.
Akan tetapi, bagaikan bermimpi di siang hari jika mengimpikan Pakatan Rakyat berjaya menguasai Malaysia sebelum PRU13.
Jika mengikut adat resam PAS, ahli PAS bebas untuk mencadangkan sesiapa sahaja yang bakal dicalonkan. Setelah pemilihan dibuat, setuju ataupun tidak, setiap ahli PAS wajib taat akan segala keputusan yang telah diputuskan.
Kerja Pilihan Raya tetap dijalankan seperti biasa, tidak ada henti.
Jika anda, bukan PAS, saya yakin, anda akan berasa sedikit gusar. Bagi kami, ahli PAS, keputusan parti kami didahulukan daripada keputusan peribadi.
Indahnya kalau kita berjemaah. Berkat ada pada keputusan tersebut.
Ada 3 nama, yang di 'highlight'kan untuk menjadi calon
1) Ustaz Idris Ahmad
2) Ustaz Ahmad Awang
3) Asmuni Awi
Anda bebas untuk menambah lagi nama-nama calon. Tapi harus ingat, jika nama calon yang anda inginkan tidak terpilih, anda harus redha. Dan kerja untuk memenangkan calon harus diteruskan. Allah akan menilai kerja yang ikhlas sahaja. Jika bekerja disebabkan individu, anda patut mengundur diri daripada jentera PAS di Bukit Gantang ini.
Ada orang berkata, Nizar boleh dijadikan calon, kerana Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang juga MP.
Ya! saya setuju. Akan tetapi kedua-dua tokoh di atas memenangi kerusi MP ketika PRU12 yang lepas bukannya atas dasar PRK. Anda harus faham.
Bagi kami, kami tidak pernah menyatakan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Bagi kami, Nizar adalah Menteri Besar Perak. Tiada yang sah ataupun tidak sah.
Sekarang ini, kita sedang mempertahankan Nizar ini masih lagi Menteri Besar Perak. Walaupun, DUN bubar, kami tetap akan memenangkan Pakatan Rakyat seterusnya Nizar sekali lagi dinobatkan sebagai Menteri Besar.
Bermakna, popularitinya harus dijaga.
Andai kata, Nizar dicalonkan untuk PRK059, dan ditakdirkan kalah, bagaimana anda hendak 'cover' isu tersebut?
Dan pastinya Media Prima Kerajaan Barisan Nasional akan mula mainkan peranannya bahawasanya Nizar, tidak diterima oleh rakyat Perak. Walaupun, hampir keseluruhan rakyat Perak mahukan Nizar.
Adakah anda hendak 'cover' isu dengan 'defend' Nizar dengan blog anda?
Blog anda walaupun 'Page Views' cecah 300, 000 ribu sehari, 'Unique Visitor' pula hampir 10 ribu orang sehari, anda tidak dapat menandingi kelebihan Media Prima Kerajaan Barisan Nasional, TV1, TV2, TV3, NTV7 dan TV9.
Purata 'Unique Visitor' untuk siaran Buletin diorang, kunjungan 'per time' adalah paling kurang 3 juta orang, merangkumi keseluruhan rakyat Perak.
Media mereka ini akan cuba mainkan isu Nizar tidak diterima rakyat sekaligus ia dapat menafikan bahawa rakyat Perak masih mahukan Nizar menjadi Menteri Besar Perak. Sekaligus, Menteri Besar Haram Jadah Zambry akan diterima rakyat Perak secara tidak langsung.
'Per time' di sini, bermaksud dari tempoh 1 saat ke 60 saat. Bukannya sehari!
Bagaimana statistik blog anda? Dapat menandingi Media Prima Kerajaan Barisan Nasional? Jumlah 'Unique Visitor' melebih 3 jutaorang 'per time'?
Jika dapat menandingi jumlah tersebut, saya yakin anda mampu mempertahankan belitan Media Prima Kerajaan Barisan Nasional itu nanti.
Media Prima - Siaran Berita TV1, TV2, TV3, NTV7 dan TV9 yang mana, siarannya terpancar ke seluruh Malaysia ini tanpa ada sekatan.
Page Views - Jumlah kekerapan lembaran web kita dibuka, tidak kira orang sama ataupun orang lain, ia sentiasa berubah jika seorang itu klik di mana-mana page pada web kita.
Unique Visitor - Kiraan orang yang berlainan setiap masa. Hanya orang berlainan sahaja dikira.
Bagi kami, Nizar dicalonkan ataupun tidak, ia tidak menjadi sesuatu masalah bagi kami, kami redha sesiapa sahaja yang bakal dinaikkan,yang kami tahu, kami akan terus bekerja menentang Barisan Nasional, terutamanya UMNO yang CELAKA.
Jentera Pilihanraya Bukit Gantang tidak akan berhenti bekerja hatta salji turun sekalipun. Lawan dengan UMNO amat-amat dinantikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan