"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mesti U-turn PPSMI

Aku minum kopi sorang-sorang sementara menunggu kedai komputer dibuka, hendak beli dan ganti bateri telefon bimbit yang sudah kaput. Walaupun mungkin di Lau Yat lebih banyak pilihan dan mungkin murah, tapi aku kat Digital Mall Seksyen 14 P. Jaya. Senang hendak letak kereta kat sini, terutama di sebelah pagi.

Sejak beberapa hari lepas selalu terlintas di kepala aku tentang isu berkaitan dengan PPSMI. Antara lain yang selalu aku terbaca dan terdengar respons dari pihak elit politik yang berkuasa, “Jangan politikkan PPSMI!”

Bila mereka gunakan frasa ini, aku tahu mereka sudah kekantulan hujah. Setiap kali ada isu yang apabila elit politik berkuasa hilang akal, mereka akan cuba elakkan dengan “Jangan politikkannya” - ketuanan Melayu, Kontrak Sosial, ISA.......termasuklah PPSMI.

Berbalik pada PPSMI, ini sememangnya isu politik. Orang politiklah yang menggubal dasarnya, memberikan peruntukan RM, memastikan perlaksanaannya. Jadi dengan politiklah juga untuk mengkritik dan menentangnya.

Paksa telan dasar dan teruskan dasar PPSMI itu politik. Begitu juga sebaliknya, tidak mahu menerima dan penentangan terhadapnya juga adalah proses politik.

Dan proses politik penentangan PPSMI ini akan semakin kuat, bukan sahaja di kalangan orang Melayu, malah juga kaum lain terutamanya orang Cina.

Aku jangkakan pihak elit berkuasa akan mengubah dasar PPSMI yang bangang dan tidak popular ini. Jika tidak UMNO-BN akan jatuh tunggang terbalik hilang undi.

Tetapi, insentif yang akan teramat menarik nafsu elit kuasa politik ialah peruntukan kewangan.

Enam tahun dahulu, beratus juta ringgit dileburkan untuk memulakan dasar PPSMI: komputer desktop, laptop, LCD, skrin, makmal komputer, perisian dsbnya. Segelintir elit kuasa politik dengan serta merta menjadi kaya raya tidak terhingga.

Barang hardware dan perisian yang enam tahun dulu sudah pun ketinggalan zaman. Jika dimansuhkan PPSMI, hardware dan perisian baru dan macam-macam lagi perlu dibekalkan.

Kalau dulu ratus juta, sekarang mesti main billion!

Lepas lama berkempen dan banyak RM dibelanjakan untuk rebut jawatan, hantu-hantu raya itu mesti lapar belaka. Kena cari darah!

Tetapi jangan lupa, Abu Lahab dan isterinya Arwa tentu meleleh air liur akan prospek ini.

http://uknowsanasini.blogspot.com/

Tiada ulasan: