"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib digesa jawab isu Altantuya di Parlimen

WAN NORDIN WAN YAACOB 
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - 
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa melahirkan persoalan mengapa bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak menggunakan imuniti selaku ahli parlimen untuk menafikan tohmahan berhubung kaitan pembunuhan Altantuya Shaaribu.

"Bagi saya pendedahan oleh akhbar Perancis, 'Liberation' ialah tuduhan berat.Saya pegang kepada prinsip seseorang tak bersalah jika tak terbukti kesalahannya,"katanya kepada Harakah ketika ditemui 17 Mac lalu di Parlimen.

Justeru katanya apabila ada peruntukan sebegitu dan ada tuduhan sedemikian dihadapkan kepada Najib, Timbalan Perdana Menteri itu perlu membela diri jika tidak bersalah.

"Apatah lagi yang dituduh ialah bakal Perdana Menteri, dia harus bela dirinya dan bersihkan diri yang telah dibaca seluruh dunia dan bukan hanya di Malaysia," katanya.

Namun Nasharudin hairan sehingga kini tidak ada desakan dari kerajaan atau Najib supaya kes ini dibawa ke tahap yang boleh membersihkan dirinya dari tuduhan tersebut.

Perihal keenganan Najib menjawab isu yang dikaitkan dengan beliau ujar Nasharudin akhirnya mengundang percakaran di Parlimen selepas ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo didakwa menuduh Najib ada kaitan dengan kes tersebut.

Sedangkan tegasnya, tidak ada sebarang tuduhan dibuat oleh Gobind, sebaliknya meminta penjelasan yang penting dari Najib.

"Dalam konteks kes Najib dan Gobind ini, tidak ada perkataan yang sedemikian dari ahli Parlimen Puchong.Najib sepatutnya tak ambil sikap melepaskan diri sebagai pihak yang kena tuduh,

"Gunakan lah imnuiti di Parlimen untuk jawab dan apa yang telah dibangkit oleh Puchong.Walapun bagi saya imuniti ini jangan dipergunakan untuk tujuan salah," katanya.

Tetapi kata Nasharudin apabila Najib mengambil jalan untuk tinggalkan sahaja tanpa kenyataan kukuh, ini menimbulkan pelbagai spekulasi yang tak sihat yang membabitkan kepimpinan Negara.

"Dia (Najib) dikaitkan dengan kes ini, dia kena bersihkan dirinya," katanya.

Sementara itu, Gobind pula menyifatkan tindakan Dewan Rakyat menggantung tugasnya sebagai ahli Parlimen selama setahun sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

Menurutnya, beliau hanya menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen dan meminta Najib memperjelaskan penglibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Ahli Parlimen Pekan (Najib) ada di Dewan pada masa itu, jadi saya rasa saya tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana itu hak yang diberikan kepada kita sebagai ahli Parlimen untuk meminta penjelasan.

"Saya tidak boleh terima saya digantung 12 bulan tanpa memberi saya peluang membela diri," ujar Gobind.

Selain itu, Gobind turut menegaskan bahawa beliau akan terus berkhidmat di kawasan Puchong kerana baginya beliau masih lagi ahli Parlimen.

Tiada ulasan: