"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Presiden PAS diberi penghormatan di konferens antarabangsa

Azamin Amin 
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh)
 - Prersiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah diberi penghormatan mempengerusikan Majlis Pembentangan 'International Islamic Unity' kali ke-22 di Iran Sabtu lalu.

Menurut Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Ustaz Hadi telah diberi penghormatan menjadi pengerusi pembentangan di hari kedua setelah Mufti Oman menjadi pengerusi pada hari pertama konferens tersebut.

Katanya peserta persidangan ini adalah terdiri dari pimpinan gerakan Islam antarabangsa, ulama sunni dan syiah di serata dunia.

"Pertemuan tahunan ulama sunni dan syiah terkemuka ini adalah untuk memperkukuhkan ikatan dalam menghadapi cabaran dunia barat terutamanya.

"Cabaran yg melanda umat Islam di Gaza, Palestin, Benua Afrika dan di serata dunia juga turut dibincangkan dan dirangka strategi dalam menghadapinya," kata Ahmad yang kini berada di Tehran kepada Harakahdaily.

Antara yang hadir katanya ialah Ustaz Burhanuddin Rabbani daripada Afganistan, Mufti Rusia termasuk ulama yang datang daripada Syria, Jordan, Amerika Syarikat, Oman, Mesir, Indonesia, Lebanon, Gambia dan lain-lain. 

Tiada ulasan: