"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mukhriz: "Khairy bersalah bukan kelebihan untuk saya"

 Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, keputusan Lembaga Disiplin semalam yang mendapati seorang lagi calon jawatan itu, Khairy Jamaluddin bersalah kerana terlibat dalam politik wang tidak memberi sebarang kelebihan kepadanya.

Jelasnya pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda tetap sama dengan saingan tiga penjuru dan keputusan lembaga itu bukan kelebihan kepadanya untuk menang.

"Oh tidak... saya tidak fikir ia satu kelebihan dalam kita bertanding kerana dalam mana-mana pertandingan pun bialah ada yang bertanding.

"Kita buat seperti biasa sahaja, untuk meyakinkan pemuda atas apa yang kita bawa dalam pergerakan ini.

"Bagi saya tidak ada perubahan kerana kita (pertandingan) masih tida penjuru, jadi tiada perubahan dalam hal itu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno, yang melibatkan politik wang dan diberikan amaran.

Beliau masih layak untuk bertanding dalam pemilihan Umno minggu depan.

Seorang lagi calon yang bertanding merebut jawatan itu serta disiasat ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Bagaimanapun Mohamad Khir yang disiasat oleh lembaga itu mengikut Perkara 5.1.2, 5.5, 5.6 dan 5.6.1 Tataetika Ahli Umno didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan politik wang. 

-mstar.com.my-


Tiada ulasan: