Dengan gugurnya hak Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti 24 Mach depan, timbul pula persoalan siapa yang bakal menerajui kerusi nombor dua parti. Antara Naib Presiden, Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan, Muhammad Muhd Taib, penganalisa lebih mirip untuk meletakkan peluang kepada Muhyiddin. Walau bagaimanapun dengan tersingkirnya Mohd Ali penyokong beliau yang telah menerima habuan bagi menyokongnya mendapatkan jawatan Timbalan Presiden kini akan berdiri padu di belakang Muhammad pula, menurut pemerhati politik Umno. Daripada tujuh perwakilan yang dikenali dengan nama popular sebagai G7, empat dikatakan akan membuang undi mereka untuk Mohd Ali dan sekarang undi mereka diwarisi pula oleh Muhammad. Sekiranya ini berlaku tidak mustahil dan ramai politikus tidak menolak kemungkinan Muhammad akan menjadi orang nombor Umno dan seterusnya bakal memenuhi kerusi Timbalan Perdana Menteri. Ini kerana mereka berpendapat Muhyiddin tidak berapa disukai oleh perwakilan umno disebabkan perwatakannya yang kurang ceria dan kenyataannya yang beliau tidak mengeluarkan sesen pun dalam kempen pertandingan merebut jawatan tersebut. Ini sudah tentunya mengecewakan ramai perwakilan Umno yang sekian lama dipupuk dan dibelai dalam budaya dan suasana politik wang. Kini gejala tersebut sudah terlambat untuk diubati dan jari jemari politik wang telah mencengkam Umno yang sedang nazak menunggu maut akibat menpertuhankan wang ringgit dari kepentingan agama, rakyat dan negara. -TVAntara.com.my- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Mike Tyson Timbalan Presiden Umno?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan