"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Reman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Dilanjutkan

Tahanan reman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud dilanjutkan dua hari lagi sehingga siasatan polis selesai.

Majistret Nurhaslinda Che Seman membenarkan permohonan polis itu sebentar tadi, selepas Wan Hashim ditahan Khamis lepas.

Beliau ditahan sejurus selepas beliau mengumumkan pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan.

Susulan pengumuman itu, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris masih kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota Majlis Perajaan Negeri pada 29 Mei lalu.
-tvselangor-

Tiada ulasan: