Mohd Sayuti Omar
ADA dua peristiwa yang menjadi berita hari ini yang pada saya sia-sia saja. Berita pertama mengenai dakwaan PKR tiga orang Adun Umno akan menyertai parti berkenaan di Perak. Menurut orang yang membuat kenyataan seperti mana dipetik, ketiga-tiga Adun berkenaan akan mengumumkan tindakan mereka itu bila sampai masanya sesuai berbuat demikian.
Kata jurucakap mengenai perkara itu, Adun berkenaan telah berjumpa dengan pihak PKR. Mungkin membincangkan proses kemasukan itu? Bersama tindakan itu juga 12 ketua bahagian Umno akan mengambil tindakan sama. Alasannya kerana mereka tidak senang dengan Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir.
Apa yang dinamakan Gerakan Anti Zamri (GAZ) juga dilancarkan. Saya rasa GAZ ini adalah ilham dari Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).
Saya tidak fikir apa yang didakwa itu benar melainkan ianya satu gimik politik murahan saja. Dakwaaan itu ada strategi orang tidak ada kerja atau kekeringan modal untuk membinasakan kerajaan UBN Perak.
Mungkin selepas usaha menerusi mahkamah dan gangguan di Dun Perak gagal maka PKR - Pakatan Rakyat mencari helah dan gimik demikian.
Rasanya dari bermain denghan gimik begitu lebih baik PKR menumpukan usahanya untuk menambah ahli serta mengatur strategi bagaimana untuk merampas Perak dalam pilihan raya umum akan datang. Daripada membuat gimik elok kalau PKR mencari kaedah bagaimana untuk menambahkan undi Melayu di Perak. Atau pun kerja mendaftar pemilih baru dirasakan lebih afada dari membuat gimik begitu.
Ada bahayanya juga gimik berkenaan. Kalau ia tidak menjadi menyebabkan orang ramai tidak akan memperacayai lagi kepada dakwaan atau kenyataan-kenyataan dari PKR. Ia menjadikan orang ramai akan serit dengan apa diperkatakan. Sepatutnya kegagalan menumbangkan kerajaan dengan projek 9 September dijadikan iktibar.
Dalam sifir politik saya tidak ada sebab untuk tiga Adun BN hendak menyertai PKR. Tidak ada apa-apa kelebihan kepada PKR Perak waktu ini. Kalaulah atas alasan mereka tidak akan dipilih semula menjadi calon dalam pilihan raya akan datang, alasan itu dangkal dan meletakkan betapa rendahnya perjuangan dan politik tiga Adun berkenaan.
Dengan Umno menguasai kerajaan di Perak hari ini mereka akan mendapat apa saja imbuhan yang mereka inginkan. Pengalaman yang menimpa dua Adun PKR, seorang Adun DAP dan Umno yang masuk PKR beberapa hari kemudian keluar semula cukup untuk memberi pengajaran terhadap apa yang didakwa itu. Rasanya orang ramai juga tahu tidak semudah itu Adun Umno untuk meninggalkan parti mereka.
Berita kedua yang saya rasa tidak ada manfaat ialah mengenai perhimpunan apa dinamakan Gertak - Melayu Bangkit yang akan diadakan di Terengganu 17 Jun ini. Untuk apakah himpunan berkenaan? Apabila ia menamakan himpunan Melayu bangkit ini bermakna Melayu sudah lama tidur dan lemah?
Apa yang hendak dibangktikan? Apakah himpunan yang dipelopori 20 NGO itu hendak menggerak perjuangan Melayu yang dirasakan lemah dan kurang bermaya hari ini. Begitukah? Kalau itulah tujuannya ia tidak akan membawa apa-apa erti. Himpunan itu sia-sia saja dan tidak kurang juga sebagai gimik saja. Kalau ia bertujuan memberi isyarat kepada mana-mana pihak isyarat itu tidak akan kesampaian.
Saya yakin himpunan itu untuk kepentingan parti Umno. Bukankan perjuangan Melayu digerakkan oleh Umno? Kalau Melayu lemah dan tidur sebelum ini, salahnya Umno sendiri. Dengan senario itu bagaimana untuk himpunan itu dapat membantu Umno kerana Umno sendiri yang mendodoaikan orang Melayu supaya tidur dan lena dalam retoriknya?
Inilah saya katakan ianya sia-sia saja. Sebaliknya himpunan itu akan memberi keburukan kepada Umno. Himpunan itu yang pada mulanya hendak diadakan pada 13 Mei dilihat sebagai untuk meniup semangat orang Melayu. Anihnya perjuangan Umno sudah nipis waja Melayunya tiba-tia ada pihak yang ingin membangkitkan semangat Melayu. Pelik.
Saya tidak tahu apakah penganjur Melayu Bangkit itu pihak yang menentang semangat 1 Malaysia, ataupun mereka tidak faham maksud Najib di sebalik slogan berkenaan. Jangan hendaknya tindakan Gertak itu sebagai sokong membawa rebah kepada Umno. Dan ingatlah perjuangan atau apa-apa himpunan yang bersifat perkauman sudah tidak menjadi penting lagi dalam saat orang Melayu Pas, Umno dan PKR tergilakan kepada kuasa untuk jadi pemerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan