"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerakusan Kontraktor Umno Punca Pembangunan Kampung Baru Tertangguh

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dapat melaksanakan pelan alternatif bagi membangun Kampung Baru ketika masih menerajui Permodalan Nasional Berhad (PNB) berikutan halangan daripada kontraktor Umno yang mahu mengaut keuntungan peribadi.

Tan Sri Khalid membuat pendedahan ini semasa memberikan ucapan semasa Majlis Makan Malam anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu di hadapan lebih 1,000 orang.

“Oleh itu saudara akan mendengar penjelasan masyarakat Kampung Baru apa yang telah saya bentangkan dahulu dan bagaimana jalan penyelesaiannya,saya akan buktikan apa yang kita fikirkan dulu semasa PNB lagi adalah untuk kebaikan masyarakat di Kampung Baru,” katanya.

Beliau menegaskan pelan alternatif itu tertangguh kerana bimbang Kampung Baru tergadai dek kerakusan kontraktor Umno.

“Tinggal lagi mereka-mereka yang menentang saya pada masa itu adalah terdiri daripada kumpulan UMNO yang mahukan menjadi pengusaha, pemaju untuk Kampung Baru untuk meraih keuntungan Kampung Baru,itu sebab saya tidak beri semua projek yang saya tulis itu kerana saya takut Kampung Baru akan lesap di tangan mereka,” katanya.

Tan Sri Khalid yakin pelan alternatif yang dicadangkannya kira-kira 15 tahun lalu mampu membawa keuntungan kepada penduduk Kampung Baru.

Beliau sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertemu penduduk Kampung Baru dengan membawa pelan alternatif tetapi ditingkah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Sebaliknya, hasrat Tan Sri Khalid disambut baik Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu Kampung Baru MAS dan berharap ia menepati keinginan penduduk.

“Dan sekarang oleh kerana saya Ahli Parlimen dalam kawasan ataupun daerah Kuala Lumpur saya sendiri akan membentangkan kertas kerja itu dan menunjukkan bahawa pemikiran kita adalah untuk kebaikan masyarakat bukan keuntungan pembangunan harta,” katanya.

Tiada ulasan: