"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Sumbangan rakyat K'tan untuk keredaan Allah'

Kerajaan Kelantan meminta sumbangan rakyat bagi melaksanakan projek pembangunan negeri seperti pembinaan masjid dan jambatan bagi mencari "keredaan Allah", persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri akan juga menyediakan peruntukan namun sebahagiannya lagi bergantung kepada sumbangan penduduk negeri itu.

"Sumbangan daripada rakyat itu bertujuan agar mereka faham dalam mencari keredaan Allah," katanya ketika menjawab soalan Azami Mohd Nor (Pas-Kadok) yang ingin tahu bilangan dan nilai projek yang dilaksanakan kerajaan negeri antara 1990 dan 2009.

Husam berkata jika hendak dihuraikan projek-projek pembangunan oleh kerajaan negeri, "sehari pun tidak mencukupi kerana senarainya panjang."

Beliau lebih menekankan aspek pembinaan masjid yang dibina oleh kerajaan negeri di Rantau Panjang iaitu masjid yang bercirikan budaya orang Cina.

"Masjid itu melambangkan bahawa Islam bukan untuk orang Melayu sahaja sebaliknya ia adalah untuk semua kaum," katanya.

-Bernama-

Tiada ulasan: