Saya pelik kenapa masih ramai pihak duk hentam Ketua Menteri Melaka isu kahwin muda dan sekolah khas untuk pelajar terlanjur mengandung. Ya , Hukum Hudud wajib dilaksanakan. Mereka yang ada kuasa, tak laksanakan tanggung sendiri di akhirat. Tapi sekarang apa nak buat ? Berilah pandangan yang praktikal. Tak malu ke dengan keluarga-keluarga Hindu yang hidup miskin di Negeri Sembilan ini kisahnya di SINI
Keluarga Hindu ini walaupun hidup miskin dan daif, mereka tidak buang anak, buang bayi, buang isteri.
Saya ingin mencadangkan bantuan kahwin pasangan muda ini bukan hanya diberikan kepada pasangan Islam, ianya patut diberikan kepada semua agama.
***********************
Mingguan Malaysia 8 Ogos 2010
Kahwin muda atau berzina?
MINGGUAN: Bagaimana timbulnya cadangan mewujudkan sekolah hamil dan membenarkan perkahwinan bawah umur?
MOHD. ALI: Di Melaka kita telah menganjurkan dua seminar sosial iaitu bagi peringkat negeri dan kebangsaan. Di dalam kedua-dua seminar itu para peserta menyatakan kebimbangan yang amat sangat tentang gejala sosial termasuk kes buang bayi, hamil luar nikah, rogol dan sebagainya. Lebih menyedihkan kebanyakan kes melibatkan orang Islam.
Lalu diakhir seminar itu disarankan supaya diadakan pelbagai program untuk mengatasi gejala sosial termasuk mengadakan ceramah motivasi dan seminar pendidikan. Paling mustahak sekali jalan penyelesaian yang dicadangkan adalah balik kepada ajaran agama. Kita dah cuba banyak bidang tetapi sehingga hari ini statistik kes-kes tersebut bukannya menurun sebaliknya makin meningkat.
Baca selanjutnya di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan