"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalid Ibrahim Potong Stim Lah

ulitmayang
Kalau cadangan MB Selangor ini diambil kira dan dipersetujui oleh pemilik tanah di Kg. Baru , ini bermakna hak milik nya kekal dalam pegangan Melayu dan Bumiputera. Disamping itu , yang lebih penting adanya pulangan dalam bentuk unit saham amanah, maksudnya aset boleh mendatangkan pendapatan. Ini yang bagusnya , daripada dibiarkan tanah begitu dalam keadaan terbiar.

Ini bertentangan dengan cadangan UMNO/BN , iaitu supaya tanah boleh dijual kepada bukan Melayu. Yang membawa maksud Melayu akhirnya akan dihalau keluar oleh kesann tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi setiap saat.

Akhirnya pemimpin – pemimpin UMNO dan menteri yang mencadangkannya yang mengutip untung.

Cadangan jadikan tanah Kampung Baru sebagai unit saham

08/08/2010 8:27pm KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan Selangor mencadangkan penubuhan Kampung Baru Land Trust (KBLT) sebagai pelan alternatif pembangunan Kampung Baru, di mana tanah akan ditukar kepada unit saham tanpa mengira lokasi tanah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setiap pemilik tanah akan mendapat dua jenis saham menerusi tabung tersebut iaitu Saham A yang membenarkan pemilik tanah menjual tanah kepada orang Melayu dan bumiputera sahaja, dan Saham B yang dinilai mengikut potensi pendapatan dari ruang penyewaan hasil pembangunan yang dirancang.

"Jika penduduk Kampung Baru bersetuju dengan cadangan ini, baru kita boleh jayakan, apa yang penting perlu ada kesepakatan dari semua pemilik tanah supaya pembangunan dapat dilakukan secara total dalam memastikan pulangan maksimum,” katanya dalam pembentangan pelan alternatif tersebut kepada kira-kira 200 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, sekiranya cadangan penubuhan tabung amanah itu dipersetujui oleh semua pemilik tanah Kampung Baru, PKNS akan menganjurkan pertandingan bagi mendapatkan cadangan terbaik dari dalam dan luar negara bagi merangka pelan pembangunan yang terbaik untuk Kampung Baru.

Beliau berkata, perunding atau syarikat terpilih akan menyediakan pelan pembangunan untuk diimplementasi kemudian dan KBLT akan ditubuhkan dan saham-saham diagihkan kepada pemilik-pemilik tanah bagi memastikan mereka mendapat pulangan dari program pembangunan itu.

Abdul Khalid berkata, beliau juga tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam membangunkan Kampung Baru kerana kerajaan negeri, walaupun tidak mempunyai tanah di Kampung Baru, hanya mengemukakan cadangan.

Kabinet baru-baru ini meluluskan cadangan untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang akan bertanggungjawab untuk melaksana dan menyelia pelan pembangunan semula kawasan itu.Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kini sedang merangka rang undang-undang perbadanan tersebut yang dijangka akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang. – KLIK

Tiada ulasan: