Keputusan timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu dibuat mengikut peraturan 26(1)(p).
Keputusan itu bagaimanapun menerima bantahan keras daripada wakil-wakil pembangkang, termasuk Mahfuz sendiri yang meminta penjelasan timbalan speaker berhubung keputusan berkenaan.
Usul untuk merujuk Mahfuz ke jawatankuasa itu pada asalnya dibawa oleh Datuk Ismail Mohamed Said (Umno-Kuala Krau) berikutan tindakan Mahfuz mengejek Umno dengan panggilan Umno-Apco berulang kali.
Mahfuz bertindak demikian ketika parlimen meluluskan bajet tambahan kerajaan secara belah bahagi petang ini.
Menurut Lim, Tajuddin dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009) semalam dikatakan tuduhan tidak berasas antara lain mengatakan ada antara pemimpin Pulau Pinang yang bererti daripada DAP, kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.
Sehubungan itu, Lim meminta agar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai tuduhan itu dan sekiranya gagal, beliau akan dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan.
Berikutan itu, barisan pembangkang menggesa supaya diadakan undi belah bahagian yang dipersetujui Speaker Dewan.
Bagaimanapun, berdasarkan undian, 56 bersetuju supaya Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan manakala 82 lagi tidak bersetuju sekaligus menyelamatkan anggota Parlimen Pasir Salak itu daripada dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan