"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Otak anak terkeluar digilis lori bapa

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut digilis lori yang dipandu bapanya di Jalan Belakang, Kampung Melaka Batu 10, Tanjung Karang, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, mangsa, Mohamad Khairul Nizam Sarmon, 5, mati ketika dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang (HTK) akibat pendarahan di kepala.

Difahamkan ketika kejadian, bapa mangsa sedang mengundur lori empat tan masuk ke kawasan rumahnya, manakala mangsa, anak keempat daripada lima beradik dikatakan berada di dalam rumah berlari keluar ke arah lori tanpa disedari bapanya.

Bagaimanapun, bapa mangsa berusia 39 tahun memberhentikan lorinya selepas menyedari terlanggar sesuatu dan tergamam selepas melihat anaknya digilis.

Ketua Trafik dan Kententeraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata ketika kejadian ibu mangsa di dalam rumah menjaga anak bongsunya berusia kira-kira tiga bulan dan tidak menyedari seorang anak kecilnya keluar rumah.

“Mangsa dipercayai digilis di kepala menyebabkan sebahagian otaknya terkeluar,” katanya.

- hmetro-

Tiada ulasan: