"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Karpal diarah keluar Dewan, gantung 10 hari

Karpal Singh hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat dan dikenakan hukuman gantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk selama sepuluh hari.

NONEIa berikutan tindakan pengerusi DAP itu melabekan speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai seorang diktator apabila usul bagi membincangkan Apco ditolak.

"Saya menggunakan kuasa menurut Peraturan 44(2). Bentara, tolong keluarkan Bukit Gelugor," kata speaker ketika mengarahkan bentara menolak kerusi roda Karpal keluar dari Dewan.

Beliau sebelum itu terus mengasak speaker yang mengetepikan usul Tian Chua (DAP-Batu) yang menggesa kerajaan untuk menamatkan khimat syarikat perunding perhubungan awam Apco Worldwide.

Karpal berulangkali melabelkan Pandikar Amin sebagai 'diktator' dan menuduhnya "membelakangi precedent" apabila menolak usul Chua tetapi membenarkan pula usul daripada Datuk Seri Nazri Aziz (BN-Bukit Rengas) untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk seri anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada 22 April mengikut Peraturan 17(2).

-malaysiakini-

Tiada ulasan: