"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polisi bodoh kerajaan menyebabkan keadaan tidak terkawal

AHMAD ISMADI ISMAIL
Video tular memaparkan insiden mercun dibakar berhampiran blok sebuah pangsapuri pada Sabtu.
PETALING JAYA - Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian individu yang membakar mercun di kawasan blok sebuah pangsapuri di Pelangi Damansara di sini, untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis mengesan satu rakaman video kejadian itu yang tular pada Ahad.

"Hasil semakan, kejadian dipercayai berlaku pada Sabtu. Pemantauan di lokasi juga telah dilaksanakan pada malam Ahad, namun tiada mercun dibakar.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menerusi klip video berdurasi satu minit 55 saat itu, mercun terbabit dilihat dibakar di kawasan sempit antara blok perumahan tersebut.

Tindakan itu dilihat agak berbahaya memandangkan mercun yang dibakar itu meletup hampir dengan tingkap dan unit kediaman.

Kejadian itu turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen yang memaklumkan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku khususnya di kawasan perumahan berkenaan.
--------------------

Tahan kereta, bakar mercun atas jalan
NOR SHAFAWATI YUP

TANGKAP layar sebuah video tular memaparkan beberapa individu memberhentikan kenderaan dan membakar mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau di sini semalam. FOTO : IHSAN FACEBOOK.
SEREMBAN – Pihak polis sedang mengesan individu yang kelihatan sedang membakar mercun di dalam rakaman video tular di media sosial Facebook dalam kejadian di atas jalan raya Kuala Sawah, Rantau di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superitendan Mohd. Rosli Ishak berkata, siasatan mendapati satu laporan polis telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957 iaitu tindakan sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa dan harta benda.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

“Terdahulu, pada 12 November 2023 (semalam) telah terkesan satu video tular di aplikasi Facebook milik pengguna ‘Negeri Sembilan Kini’ berdurasi 54 saat mengenai perbuatan membakar mercun di atas jalan raya Kuala Sawah, Rantau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Video itu memaparkan beberapa individu memberhentikan trafik atau kenderaan dan kemudian membakar mercun di tengah jalan raya yang boleh menimbulkan bahaya kepada orang awam.

Jelas Mohd. Rosli, pihak polis ingin menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Nur Asma Zafira Mohd. Yusop di talian 013-2386281 atau 06-6033222 untuk membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: