"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa Hadi tidak bertindak selamatkan Mahkamah Syariah semasa berkuasa?

HarapanDaily.com

AHMAD MURSI

Hadi bohong cuba bina persepsi kerajaan tidak bantu Mahkamah Syariah

Kenapa Hadi tidak ‘bertindak’ selamatkan Mahkamah Syariah semasa berkuasa?

Haji Hadi bohong jika cuba bina persepsi kerajaan tidak bertindak bantu selamatkan Mahkamah Syariah.

Semasa jadi kerajaan, mereka tidak bertindak walhal 2 kes itu berlaku semasa pentadbiran PN-Pas.

Apabila diberi amanah jadi Duta Khas dan Menteri, mereka khianati amanah, makan gaji buta apabila berlaku kes Iki Putra (2021) dan Nik Elin (2022).

Dulu janji nak bentang RUU355 dan janji buat hudud, mereka mungkiri bila kuasa di tangan.

Kini oleh sebab berseteru dengan kerajaan Madani, mereka melampau dengan cetuskan fitnah baru.

Keempat-empat ini adalah perangai munafik.

Undang-undang syariah adalah topik paling disukai untuk dipolitikkan Pas dan Hadi sejak zaman muda untuk kafirkan lawan.

Dulu 80-an, Hadi main isu ini hingga anggap UMNO kafir kerana tidak laksana hudud dan pertahan Perlembagaan.

Pertahan Mahkamah syariah kerja wajib melalui cara yang betul. Tapi mulakan kempen dengan salahkan pihak lain tonjolkan niat sebenar Hadi dan Pas.

Kini melalui media milik Pas, senjata ini ditala kepada kerajaan Madani dan parti-parti komponen.

Kadang-kadang ulama’ su’ tidak buat fitnah, kerjanya hanya MENCETUS fitnah dan askar-askarnya akan buat spekulasi fitnah.

“Ulama mereka ketika itu lebih jahat dari siapa yang ada di bawah langit dan daripada merekalah akan keluarnya fitnah dan pada merekalah akan kembalinya fitnah tersebut.” – HR Baihaqi.

Tiada ulasan: