"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Demi RM15, remaja rakam aksi lucah dengan al-Quran

REMAJA ini ditahan pihak polis kerana dakwaan menghina agama.
PETALING JAYA: Berikutan masalah kewangan yang dihadapi, seorang remaja di Indonesia sanggup melakukan perbuatan tercela melibatkan al-Quran demi mendapatkan bayaran sebanyak  RM15.

Remaja dikenali sebagai Nauval Wira Hakim, 19, ditahan pihak polis kerana bertindak meletakkan al-Quran pada kemaluannya selain membuang air kecil di atasnya.

Tertuduh mendakwa ditawarkan upah sebanyak 50 ribu rupiah (RM15) oleh individu yang tidak dikenali menerusi aplikasi Telegram untuk merakam perbuatan keji itu.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tanah Datar, Indonesia, Inspektor Ary Andre Jr, tertuduh mempunyai sejarah menghasilkan video bogel namun ini merupakan kes pertama membabitkan naskah al-Quran.

Akibat daripada itu, remaja tersebut mungkin akan menghadapi pertuduhan menghina agama dengan menerima hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun.

Pihak polis sedang menyiasat kes tersebut selain memaklumkan remaja tersebut bakal dirujuk kepada pakar psikologi.

Gambar pemuda tersebut telah tular di media sosial negara seberang dan mendapat reaksi negatif daripada warganet.

Warganet meminta pihak polis untuk segera memberikan hukuman yang setimpal kepada tertuduh kerana memperlekehkan kitab suci umat Islam. – UTUSAN

Tiada ulasan: