"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah Siti Mastura lambang buruknya akhlak kader Pas

HarapanDaily.com

AHMAD MURSI

Sudahlah tidak mohon maaf, walaun pula pertahan bermati-matian. Kalau isu ekonomi mungkin susah faham, tapi isu salasilah keluarga ini tak perlu kajian PhD pun nak faham.

Bila ditanya halal ke fitnah orang bukan Islam? Walaun tak mampu pun jawab ‘haram’.

Apabila ditegur, mereka kata ‘kamu terlalu jaga hati orang kafir’.

Bagi Pas, ukuran benarnya ulama dan perjuangan bila mereka dibenci oleh orang kafir walaupun sebab fitnah. Kalau dah dibenci, bagaimana nak buat dakwah?

Mastura ialah Pengarah Ameerah Pas, kader wanita muda Pas yang ahlinya ramai diupah jadi TikTokers fitnah masa PRU15.

Dulu ahli Pas idolakan Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Fadhil Noor, Ustaz Yahya Osman. Kini idola mereka Sanusi, Hadi, Dusuki Rani, Razman Zakaria yang disaman sebab fitnah.

Ini punca kes kalah saman fitnah Pas melonjak tinggi hampiri 20 kes selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz.

Kita hadapi generasi baru Pas yang tenggelam dalam kelazatan dan kenikmatan dosa tuduhan bohong (fitnah) termasuk lakukan Qazaf.

Pas tuduh orang lain berbohong walhal pembohongan mereka disahkan di mahkamah dengan kalahnya banyak saman Fitnah. Bohong kan ciri-ciri munafik?

Pas parti yang paling banyak guna dalil al-Quran dalam setiap serangan. Malah, kritik bacaan orang lain.

Namun, bacaan al-Quran mereka tidak melepasi kerongkong dan sampai ke hati hingga membentuk akhlak yang baik dan jauhkan mereka dari mungkar.

Itulah peringatan Hadith Rasulullah SAW apabila ceritakan perihal Khawarij.

Tiada ulasan: