"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir akhirnya rendahkan nilai dirinya

Shahbudin Husin 

Satu-satunya topik yang dirasakan menarik dalam program Keluar Sekejap yang menjemput Tun Mahathir Mohamad sebagai tetamu ialah jawapan bekas Perdana Menteri itu kepada soalan yang ditanyakan oleh Khairy Jamaluddin.

KJ ingin tahu – mengapa Tun tak suka saya?

Perkara-perkara lain yang dinyatakan Tun Mahathir dalam podcast itu bukan saja tiada yang menarik.

Bahkan tidak lebih sekadar ulangan kata yang tiada nilai berita.

Malah, cakap Tun Mahathir yang menyebut beliau memang mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim pada tahun 2020 lalu adalah terang-terang ulangan pembohongan yang sudah diketahui dunia.

Dalam jawapannya kepada pertanyaan KJ – mengapa Tun tak suka saya – jawapan Tun Mahathir ialah kerana menantu Tun Abdullah Badawi itu pernah berlawan dengan anaknya, Mukhriz bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2008.

“Pasal you bertanding dengan anak saya. Dan “your mother-in-law” kempen untuk you,” katanya.

Jawapan Tun Mahathir itu secara spontan membuatkan KJ terkejut dan tertawa kecil, manakala Shahril Hamdan pula dilihat menutup muka dengan tangannya.

“Mana ada Tun,” balas KJ sebagai menafikan ibu mertuanya pernah berkempen untuknya.

“Orang ceritalah,” jawab Tun Mahathir mempertahankan kata-katanya, sambil sedikit tersipu-sipu.

Apabila KJ kemudian bertanya lagi kenapa Tun Mahathir mempercayai kata-kata orang yang disampaikan kepadanya, beliau segera memberi isyarat agar topik berkenaan tidak terus dipanjangkan.

“Let’s not discuss that lah. That is my belief (Jangan bincang perkara ni lagi. Itu apa yang saya percaya,” katanya.

Di depan KJ yang dimusuhinya dan dilabelnya macam-macam gelaran ketika beliau mahu menjatuhkan Tun Abdullah Badawi, akhirnya terdedah juga apa sebenarnya punca segala kebencian itu.

Ia tidak lain kerana KJ pernah berlawan dengan anak kesayangannya, Mukhriz dan kemudian menang pula pada pertandingan Ketua Pemuda UMNO tahun 2008 itu.

Begitu rendah rupanya nilai perjuangan yang ada dalam diri Tun Mahathir, dia boleh membenci seseorang itu hanya kerana orang berkenaan bertanding dengan anaknya.

Agaknya, Tun Mahathir turut merasakan kerana adanya KJ jugalah yang menjadi penghalang kepada kemaraan anaknya, Mukhriz untuk terus menyerlah dalam kerjaya politik UMNO.

Aduhh, beginikah wajah seorang negarawan?

Rupanya juga kebencian kepada KJ dan mengaitkannya dengan kepimpinan Tun Abdullah Badawi bukanlah sebab nak selamatkan negara atau nak selamatkan UMNO.

Nak selamat anak saja keutamaan dalam perjuangannya!

Tertipu kita selama ini nampaknya…

Tiada ulasan: