"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Israel bunuh pejuang Hamas di Hospital Al-Shifa

Bharianonline
Pengeboman besar-besaran oleh tentera Israel di utara Semenanjung Gaza hari ini. - Foto AFP
Pengeboman besar-besaran oleh tentera Israel di utara Semenanjung Gaza hari ini. - Foto AFP
GAZA: Askar Israel membunuh beberapa pejuang Hamas dalam serbuan di hospital Al Shifa hari ini.

Ribuan orang awam Palestin termasuk pesakit yang terlantar dan kakitangan perubatan terperangkap sejak beberapa minggu, ketika pertempuran itu berlangsung.

Tentera Israel berkata, mereka melancarkan serbuan itu kerana Hamas mempunyai pusat perhubungan di bawah Hospital Al Shifa dan menggunakan terowong untuk operasinya dan menyembunyikan tebusan.

Pemimpin Hamas menafikan dakwaan itu.

"Sebelum memasuki hospital, pasukan kami berhadapan dengan letupan dan skuad pengganas, pertempuran berlaku pejuang terbunuh," kata tentera Israel, tanpa menyatakan dengan tepat tempat pertempuran itu berlaku.

Radio Tentera berkata, lima pejuang terbunuh dan terdapat penemuan senjata di dalam kawasan hospital.

Pelbagai pihak di seluruh dunia menggesa gencatan senjata kemanusiaan selepas Hospital Al Shifa menjadi tumpuan Israel dalam operasi ke atas Hamas dan kebimbangan semakin meningkat terhadap ribuan orang yang terperangkap.

Terdahulu Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Munir al-Bursh, dalam siaran di Al Jazeera memaklumkan tentera Israel menyerbu bahagian barat kompleks perubatan dan letupan berlaku di dalam hospital.

Jabatan pembedahan dan kecemasan dimusnahkan terlebih dahulu, kata Mohammed Zaqout, pengarah hospital kementerian, kepada penyiar itu. - REUTERS

Tiada ulasan: