"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu 5 anak dirogol, disamun sebelum dibunuh

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita warga asing ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kejam selepas dirogol dan disamun dalam satu kejadian di Lahad Datu, Sabah semalam.

Menurut Harian Metro, mayat wanita berusia 36 tahun itu ditemui dalam keadaan separuh bogel di satu kawasan semak berhampiran kebun pisang di Kampung Pisang pada jam 8.15 pagi.

Ketua Polis Lahad Datu Rohan Shah Ahmad berkata, mayat wanita itu ditemui oleh ahli keluarga mangsa kira-kira 600 meter dari rumahnya.

Katanya, ahli keluarga mangsa keluar mencari ibu kepada lima orang anak itu selepas majikan mangsa memberitahu wanita itu tidak datang bekerja pada hari kejadian.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan kelar di leher, selain luka di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol berdasarkan kesan air mani yang ditemukan pada bahagian kemaluannya,” katanya yang menambah telefon bimbit dan wang tunai di dalam dompet mangsa juga didapati hilang.

Rohan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan siasatan lanjut.

“Polis masih berusaha mengesan suspek dalam kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Tiada ulasan: