"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tragedi Deepavali: Wanita maut, 10 penumpang cedera

DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
PASUKAN bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas di Serkam, Melaka, petang tadi.
JASIN – Seorang wanita maut, manakala 10 yang lain termasuk enam kanak-kanak cedera selepas kereta yang mereka naik terlibat dalam nahas di Jalan Serkam, Bemban di sini, petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 (KUP) Mohd. Sukur Md. Ali berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.13 petang dan sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin Bistari dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi kita dapati terdapat sebuah kereta Proton Pesona dinaiki enam sekeluarga dan sebuah Toyota Camry telah terlibat dalam kemalangan.

“Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dan seorang penumpang wanita telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Dua lagi penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak di dalam kereta itu terselamat, namun mengalami kecederaan.

“Penumpang di dalam Camry pula iaitu dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak juga cedera. Kesemua mereka dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ujarnya, difahamkan kereta dinaiki enam sekeluarga itu dalam perjalanan meraikan Hari Deepavali.

Katanya, mayat wanita berkenaan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
JASIN – Seorang wanita maut, manakala 10 yang lain termasuk enam kanak-kanak cedera selepas kereta yang mereka naik terlibat dalam nahas di Jalan Serkam, Bemban di sini, petang tadi. Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 (KUP) Mohd. Sukur Md. Ali berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.13 petang dan sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin Bistari dikejarkan ke lokasi.
 
“Setiba di lokasi kita dapati terdapat sebuah kereta Proton Pesona dinaiki enam sekeluarga dan sebuah Toyota Camry telah terlibat dalam kemalangan. 

“Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dan seorang penumpang wanita telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
 
“Dua lagi penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak di dalam kereta itu terselamat, namun mengalami kecederaan. “Penumpang di dalam Camry pula iaitu dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak juga cedera. Kesemua mereka dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ujarnya, difahamkan kereta dinaiki enam sekeluarga itu dalam perjalanan meraikan Hari Deepavali. Katanya, mayat wanita berkenaan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: