"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Boikot menjadi! Disney+ rugi hampir RM2 bilion

MAISARAH AISYA

Siapa sangka boikot secara besar-besaran membuahkan hasil apabila Disney+ dilaporkan mengalami kerugian sebanyak US$387 juta (RM1.8 bilion).

Media sebelum ini melaporkan syarikat produksi antarabangsa, Walt Disney mendermakan RM9.45 juta kepada organisasi yang memberikan bantuan kemanusiaan bagi menyokong rakyat Israel.

Walaupun kerugian, jelas terlihat masih ada peningkatan dalam langganan penstriman daripada US$146.7 juta kepada US$150.2 juta.

Menurut perkongsian di laman X (Twitter) ada artikel yang melaporkan bahawa Disney mengalami kerugian sebanyak US$387 juta dalam suku keempat.

“Disney+ kini mencatatkan 150.2 juta langganan penstriman, meningkat daripada 146.7 juta pada suku sebelumnya

“112.6 juta langganan asas Disney+ dan 37.6 juta Disney+ Hotstar,” seperti yang dilaporkan oleh Variety.

Rata-rata memboikot selepas syarikat Disney membuat keputusan untuk memberi dana kepada Israel.

Umat Islam dari seluruh dunia dan mereka yang bersimpati akan nasib menimpa rakyat Palestin dengan cepat membatalkan langganan Disney+ mereka.

Disney+ juga kehilangan pendapatan kerana keputusan mereka untuk menayangkan kandungan yang dianggap sensitif atau tidak sesuai untuk ditonton kanak-kanak.

Tiada ulasan: