"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu bas wanita berkelakuan tidak senonoh

NUR AIMI HAZIRAH

PETALING JAYA: Pemandu bas wanita sebuah syarikat bas ekspres berkelakuan tidak sepatutnya bersama rakan kerja lelaki ketika sedang mengendali bas dari perjalanan Larkin, Johor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, semalam.

Menurut perkongsian video di aplikasi TikTok milik salah seorang penumpang berdurasi 13 saat itu, kelihatan seorang lelaki dengan pakaian seragam kerja dikatakan ‘bercium’ sambil duduk di sebelah pemandu.

Melalui video tersebut, pemilik akaun bernama Iffah Danishaa menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap servis yang diterima dari syarikat bas ekspres berkenaan.

Bukan itu sahaja, menurutnya, perjalanan bas yang dijadualkan pada pukul 3 petang juga tertangguh apabila bas tiba pada pukul 6 petang tanpa sebarang makluman awal kepada penumpang.

“Aku duduk depan, seram tengok. Aku dengar perempuan tu borak sebut pasal bini pakcik ni.

“Sebelum tu lagi dah elok meraba, mencuit-cuit. Kalau rela takde nak suka, senyum, sengih,” katanya membalas di ruangan komen.

Dalam pada itu, beberapa pengguna bernasib sama juga turut berkongsi rasa tidak puas hati terhadap syarikat bas tersebut di ruangan komen.

“Syarikat bas ekspres ni memang bermasalah. Lebih baik bas ‘gagap’, walaupun laju tapi sentiasa tepat masa dan walaupun kerusi agak sempit tapi berbaloi,” komen Lola.

“Bas $@#&%@# dari Larkin sangat teruk ya. Tolong lah, buat lebih baik,” tulis @baebiyoda.

“Awak tidak keseorangan, tiket saya pukul 8, pukul 11 sampai,” kata @ftrianinasir. – UTUSAN

Tiada ulasan: