"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Angka kematian perang di Gaza cecah 11,240 - Hamas

Bharianonline

SEMENANJUNG GAZA: Angka kematian rakyat Palestin di Gaza mencecah 11,240 orang semalam, selepas lebih lima minggu pertempuran antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas.

Menurut kerajaan Hamas, antara yang maut ialah 4,630 kanak-kanak dan 3,130 wanita, kata kerajaan, dengan 29,000 lagi cedera.

Sementara itu, kementerian kesihatan dikendalikan Hamas berkata terdapat berpuluh-puluh mayat di jalan di utara Gaza, yang mana pertempuran paling hebat berlaku.

Menurut kementerian itu, ambulans yang cuba mengambil mayat berkenaan menjadi sasaran serangan Israel. - AFP

Tiada ulasan: